Apl mudah alih Google Ads
Kekal berhubung dengan kempen anda
Apl mudah alih Google Ads membantu anda memantau kempen anda dalam masa nyata, menyemak pengesyoran, dan bertindak dengan pantas untuk meningkatkan prestasi.
Muat turun apl mudah alih Google Ads
Bagaimana apl mudah alih Google Ads berfungsi
Apl mudah alih Google Ads membantu anda menjejaki prestasi kempen dan melakukan penambahbaikan pantas semasa dalam perjalanan — tidak kira kemana perniagaan anda membawa anda.
Pantau prestasi semasa dalam perjalanan
Lihat prestasi untuk akaun, kempen, kumpulan iklan, iklan dan kata kunci untuk melihat jika anda perlu mengambil tindakan.
Ambil tindakan untuk mempertingkatkan akaun anda
Buat perubahan pantas pada kempen, belanjawan, kata kunci dan banyak lagi semasa anda berjauhan dari komputer anda. Anda juga boleh membuat dan mengedit iklan.
Utamakan pengesyoran dengan kesan paling tinggi
Gunakan skor pengoptimuman untuk menyemak pengesyoran berimpak tinggi untuk meningkatkan prestasi anda dan menggunakan pengesyoran tersebut dengan cepat dan mudah.
Tingkatkan pengalaman Google Ads anda
Dapatkan pemberitahuan dalam masa nyata, seperti ringkasan prestasi mingguan atau penolakan iklan anda. Jika anda memerlukan sokongan, anda juga boleh menghubungi pakar secara terus dari dalam apl.
Lihat keputusan sebenar beraksi
Syarikat-syarikat berikut menggunakan apl mudah alih Google Ads untuk meningkatkan prestasi serta kecekapan mereka.
-
“Ia penting bagi kami untuk kekal berhubung kepada akaun kami walaupun ketika kami berjauhan dari komputer kami. Kami menggunakan skor pengoptimuman pada apl mudah alih Google Ads untuk mengutamakan, menyemak dan menggunakan pengesyoran, yang telah membantu kami meningkatkan trafik ke laman web kami sebanyak 30X tahun demi tahun.”
Pengurus Jenama,Ketahui lebih lanjutDiesel.ie
-
“Rentak kami tidak terganggu dengan adanya apl mudah alih Google Ads. Kami menggunakannya ini untuk menyemak prestasi, membuat peningkatan dan memastikan akaun kami terurus semasa dalam perjalanan, dan ia menjimatkan kami 2+ jam seminggu.”
Ketua Pemasaran Berbayar,Ketahui lebih lanjutAGY47
-
“Semasa kemuncak musim cuti, ia penting untuk kami terus memantau prestasi Google Ads kami. Apl mudah alih ini telah membolehkan kami untuk mengikuti perkembangan terkini prestasi apabila berjauhan dari komputer kami. Melalui apl ini, kami boleh mengemas kini kempen dengan mudah dan menggunakan pengesyoran di mana-mana sahaja kami berada. Apl ini mudah digunakan dan intuitif.”
Pengurus Pemasaran Prestasi,Ketahui lebih lanjutGOAT Group