Kempen apl
Cari pengguna yang akan menyukai apl anda
Dengan menggunakan Kempen apl, anda boleh mempromosikan apl iOS atau Android anda di Carian Google, YouTube, Google Play dan pelbagai lagi. Teknologi kami akan mengoptimumkan Iklan apl anda untuk menjangkau khalayak yang paling berminat dengan apl seperti apl anda.
Mulakan sekarangBermula dengan 3 langkah
Buat iklan apl anda
Kami akan membuat iklan anda daripada maklumat apl anda. Anda juga boleh menambah imej dan video.
Pilih belanjawan anda
Tetapkan sasaran kos setiap pemasangan (tCPI) dan belanjawan harian maksimum anda sendiri dan laraskan nilai tersebut pada bila-bila masa.
Beritahu kami matlamat anda
Tentukan tindakan yang anda mahu pengguna lakukan dan kami akan memaparkan iklan anda kepada pengguna yang tepat.
Promosikan apl anda merentas Google—semuanya daripada satu kempen
Beritahu kami matlamat anda
Kami akan memaparkan Iklan apl anda kepada pengguna yang kemungkinan besar melakukan tindakan yang mendorong perniagaan anda dengan mengoptimumkan untuk pemasangan atau interaksi. Tentukan sama ada anda inginkan pengguna untuk:
- Hanya memasang apl anda, tanpa tindakan lanjut diperlukan
- Melakukan tindakan dalam apl, seperti memesan produk atau mengungguli tahap 2
Jana dan pratonton Iklan apl anda
Kami akan membuat iklan anda menggunakan maklumat apl anda di Play Store atau App Store, termasuk empat baris teks yang anda berikan. Anda boleh menyesuaikan lagi iklan anda menggunakan imej atau video.
Tingkatkan kejayaan anda
Pembidaan Pintar dapat meramalkan dan meningkatkan prestasi kempen anda.
Dapatkan lebih banyak nilai daripada Iklan apl anda melalui Google
Kempen apl menggunakan pembelajaran mesin untuk membuat keputusan paling bijak untuk menyiarkan setiap iklan, menganalisis lebih daripada 300 juta kemungkinan gabungan isyarat dalam masa nyata. Google boleh memaparkan iklan anda kepada pengguna yang mencari istilah dan apl yang berkaitan dengan apl anda. Iklan anda juga boleh dipaparkan kepada pengguna yang melawat halaman butiran aplikasi untuk apl yang serupa dengan apl anda.