Hidupkan kisah perniagaan anda melalui video
Jangkau bakal pelanggan semasa mereka menonton atau mencari video di YouTube—dan hanya bayar apabila mereka menunjukkan minat.
Iklan video membolehkan anda meluaskan kesedaran tentang jenama anda dengan menarik perhatian serta mendorong permintaan secara besar-besaran.
Mulakan sekarangBermula dengan 3 langkah
Buat Iklan video anda
Muat naik video anda ke YouTube. Kami akan memberi anda petua tentang waktu jalan terbaik untuk matlamat anda.
Pilih khalayak anda
Tentukan khalayak yang menonton video anda berdasarkan lokasi, umur, minat dan pelbagai lagi.
Tetapkan belanjawan anda
Tentukan belanjawan harian dan had bulanan. Anda tidak perlu membayar lebih daripada had bulanan anda lagi.
Tarik perhatian khalayak anda dengan Iklan video
Galakkan pengguna untuk mengambil tindakan
Dengan menggunakan Iklan video, anda boleh menentukan tindakan yang anda mahu dilakukan oleh pengguna, seperti:
- Mengunjungi tapak web anda, supaya pengguna dapat melihat produk anda dan mengenali jenama anda
- Menonton lebih banyak video di saluran YouTube anda, supaya anda dapat meluaskan jangkauan anda dan membina kesedaran jenama
Jangkau khalayak anda
Pilih khalayak yang mahu menonton iklan video anda berdasarkan lokasi, minat dan pelbagai lagi. Video anda akan ditampilkan sebelum atau bersebelahan video yang berkaitan atau dalam hasil carian. Iklan video boleh mewujudkan komunikasi satu dengan satu bersama-sama bakal pelanggan.
Hanya bayar apabila pengguna menonton iklan anda
Harga fleksibel kami berfungsi dengan hampir semua belanjawan. Anda hanya membayar apabila seseorang memilih untuk menonton sekurang-kurangnya 30 saat, menonton keseluruhan iklan atau berinteraksi dengan iklan anda, seperti mengklik pada tindanan seruan tindak, kad atau sepanduk pendamping.
Dapatkan cerapan masa nyata
Pautkan akaun Google Ads anda dengan saluran YouTube anda untuk mengakses statistik prestasi tambahan. Selain itu, alat Analitis YouTube membolehkan anda memahami penonton iklan anda dan cara mereka berinteraksi dengan iklan tersebut.