Perihal Kempen Apl Universal

Jangkau pengguna yang pasti menyukai apl anda.

Kempen Apl Universal membolehkan anda mempromosikan apl iOS atau Android anda kepada berbilion-bilion pengguna merentas Google—semuanya daripada satu kempen. Biarkan Pembelajaran mesin Google membantu anda mencari pengguna terbaik dan memanfaatkan sepenuhnya belanjawan anda.

MULA SEKARANG

Sediakan iklan anda dalam masa beberapa minit.

1

Sesuaikan iklan anda.

Cari apl Android atau iOS anda untuk melihat pratonton iklan tersuai dengan menggunakan maklumat yang diperoleh daripada App Store atau Gedung Play. Kemudian, sesuaikan teks. Anda juga boleh memuat naik imej dan video apl anda.

2

Pilih belanjawan anda.

Tentukan amaun yang anda sanggup belanjakan untuk setiap pemasangan (kos setiap pemasangan, atau CPI) dan tetapkan belanjawan harian anda.

3

Biar kami melakukan kerja untuk anda.

Lancarkan iklan anda dan kembali menjalankan perniagaan. Google akan memaparkan iklan tersebut merentas Carian Google, Play, YouTube, Gmail dan pelbagai lagi secara automatik. Iklan, bida dan penyasaran anda terus diperhalusi untuk memberikan pemasangan berkualiti tinggi—semuanya dalam lingkungan CPI sasaran anda.

Peroleh lebih banyak nilai daripada setiap iklan.

Kempen Apl Universal menggunakan pembelajaran mesin untuk membuat keputusan paling bijak untuk menyiarkan setiap iklan, menganalisis lebih daripada 300 juta gabungan isyarat berpotensi dalam masa nyata. Dengan menggunakan Pembidaan Pintar, anda boleh menyesuaikan bida untuk matlamat perniagaan anda yang unik—sasaran kos setiap pemerolehan (tCPA) atau sasaran pulangan untuk perbelanjaan iklan (tROAS).

Capai matlamat pemasaran apl anda.

Tentukan tindakan yang mendorong nilai perniagaan anda (iaitu atasi tahap 2, lakukan perjalanan pertama atau daftar untuk percubaan). Kempen Apl Universal menyiarkan iklan anda kepada pengguna yang kemungkinan besar menyelesaikan tindakan tersebut.