Tetapkan belanjawan yang sesuai bagi anda
Dengan menggunakan Google Ads, anda bertanggungjawab ke atas kos pengiklanan dalam talian anda. Anda tidak perlu lagi membayar lebih daripada had belanjawan bulanan anda dan anda boleh berhenti pada bila-bila masa.
Mulakan sekarangHarga sepintas lalu
Tetapkan had belanjawan
Tetapkan belanjawan pengiklanan dan anda tidak perlu berbelanja melebihi belanjawan bulanan anda.
Kekal fleksibel
Tidak perlu mengikat kontrak jangka panjang. Laraskan belanjawan iklan anda atau jeda iklan anda pada bila-bila masa yang anda perlukan.
Bayar untuk hasil
Hanya bayar apabila pengguna mengambil tindakan, seperti mengklik iklan anda untuk melawat tapak anda atau menghubungi perniagaan anda.
Pilih belanjawan anda. Kami akan menganggarkan hasil anda.
Google Ads boleh berfungsi untuk hampir apa-apa belanjawan pengiklanan. Tentukan amaun yang ingin anda belanjakan dan kami akan menunjukkan anggaran hasil kepada anda.
Pakar Google Ads kami dapat membantu anda membuat akaun dan menentukan belanjawan anda, tanpa kos tambahan.
Isnin-Jumaat, 9 pg - 6 ptg
Laraskan apabila anda memerlukan, mulakan atau jeda pada bila-bila masa
Cuba Google Ads tanpa perlu mengikat kontrak jangka panjang—jeda atau batalkan pada bila-bila masa. Selain itu, laraskan belanjawan anda pada bila-bila masa anda perlukan, seperti musim cuti yang sibuk atau pelancaran produk.
Bayar untuk hasil sebenar
Mendaftar untuk akaun adalah percuma. Anda hanya perlu membayar apabila pelanggan anda mengambil tindakan, seperti masa mereka mengklik iklan anda untuk melawat tapak web anda atau menghubungi perniagaan anda.
Untuk membolehkan anda mencapai kejayaan, kami akan menyediakan laporan dan cerapan supaya anda dapat menjejak prestasi dan kos iklan anda.
“Dengan menggunakan Google, saya boleh berhenti, menurunkan belanjawan saya, menjadi lebih agresif dan mempunyai fleksibiliti serta kuasa untuk mengurus belanjawan saya.”
—Chano Zavala, Peninsula Party Rentals