Buat iklan pertama anda dan bantu pelanggan memilih perniagaan anda
Google Ads memudahkan anda menunjukkan keunikan perniagaan anda kepada seluruh dunia, supaya anda dapat menjangkau pelanggan yang mencari perkara yang anda tawarkan.
Mulakan sekarangLangkah 4
Terbitkan iklan anda
Kami akan memaparkan iklan anda apabila pengguna mencari produk atau perkhidmatan seperti yang anda tawarkan. Iklan anda boleh dipaparkan di Carian dan Peta Google dan merentas rangkaian tapak rakan kongsi kami.
Anda akan membayar untuk hasil, seperti apabila pengguna mengklik iklan anda untuk menghubungi perniagaan anda, melawati tapak web anda atau mendapatkan arah ke kedai anda.
Google meningkatkan iklan anda dari semasa ke semasa
Kami tahu bahawa anda ingin memberi tumpuan pada perkara yang paling penting—menjalankan perniagaan anda. Jadi teknologi pintar kami akan mencari cara untuk meningkatkan iklan anda dan mendapatkan hasil yang lebih baik bagi anda.
Selain itu, kami akan menyediakan laporan, cerapan dan petua yang berterusan, supaya anda boleh menjejak kemajuan anda dan menjadikan iklan anda lebih berjaya.
Pilih panggilan untuk menggalakkan pelanggan menghubungi anda untuk menempah janji temu, menjadualkan pekerjaan atau mengikat perjanjian.
Pilih lawatan kedai jika anda memiliki lokasi fizikal yang bergantung pada trafik pengunjung.
Ikut serta untuk mengambil tindakan di tapak web anda jika anda inginkan pengguna membeli-belah di kedai dalam talian anda, mendaftar untuk senarai mel anda atau mengisi borang.
Untuk membolehkan iklan anda memberikan prestasi dengan baik, iklan tersebut perlu mencari khalayak yang betul. Google Ads membolehkan anda memilih lokasi yang iklan anda akan dipaparkan, termasuk dalam lingkungan tertentu dari kedai anda atau merangkumi seluruh wilayah dan negara.
Google Ads memudahkan penulisan kopi iklan yang berkesan atau menyertakan imej. Dengan pelbagai format iklan yang tersedia, kami membolehkan anda menentukan cara yang terbaik untuk membuat iklan anda berdasarkan matlamat pengiklanan dan objektif pemasaran anda.
Dengan menggunakan Google Ads, anda menentukan amaun yang akan dibelanjakan dan anda tidak perlu membayar lebih daripada had bulanan anda lagi. Tidak perbelanjaan minimum dan tiada komitmen. Kami akan mengesyorkan belanjawan berdasarkan perniagaan yang serupa dengan perniagaan anda, bersama-sama dengan anggaran hasil. Kebanyakan iklan mula memperoleh hasil dalam masa kira-kira sebulan.